Sesi Beramah Mesra Bersama Penulis-Penulis Buku Cakar Ayam Doktor

mph-a3

Catatan, anekdot, info kesihatan, tips kesihatan, artikel. Semuanya dalam rupa santai dan semi-santai. Membaca buku ini anda dapat dos lengkap segala ubat yang anda perlukan. Sedikit senyum dan tawa. Teladan dan iktibar. Hati yang tersentuh. Semangat dan inspirasi. Cubit-cubit sikit.

Oh ya, juga tips-tips kesihatan yang mahal! Ini buku dari manusia untuk manusia. Di sebalik kot putih itu, mereka juga hidup sebagai manusia yang penuh warna-warni. Para doktor dengan hidup cacamarba dan aneka ragam. Selamat datang ke dunia ‘doktor-doktor’ yang tak semestinya putih.
(‘Kot putih’ mereka pun biasanya kelabu juga)

Datanglah beramai-ramai ke MPH Nu Sentral pada 15 Oktober untuk sesi beramah mesra bersama penulis-penulis buku Cakar Ayam Doktor, Dr Sharif Ahmad, Dr Fahd Razy, Dr Onn Azli, Dr Kamarul Ariffin dan Cik Jazlina Syahrul.

Baca tentang buku Cakar Ayam Doktor: http://bit.ly/2cWfDrE

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Categories

Blast to the Past